Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Dua beranak didakwa tipu kerajaan Sabah

KOTA KINABALU, 25 OKT – Dua beranak dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas 24 pertuduhan menipu kerajaan Sabah dengan tidak mengisytiharkan hasil penjualan kuantiti jongkong emas yang sebenar dalam dokumen invois melibatkan kerugian royalti kira-kira RM1.3 juta.

Tertuduh Datuk Lo Fui Ming, 67, dan anaknya, Lo Teck Yong, 42, kedua-duanya bekas pengarah sebuah syarikat perlom-bongan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan  di hadapan Hakim Jason Juga.

Kedua-dua tertuduh didakwa telah menjual 26 jongkong emas secara haram kepada syarikat pembeli di mana jongkong emas dijual itu tidak diisytiharkan dalam dokumen invois yang dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) negeri bagi tujuan pengiraan bayaran royalti sebanyak lima peratus daripada hasil jualan jongkong emas yang dilombong dan dihasilkan di Bukit Mantri, Tawau. 

Menurut syarat perjanjian pajakan tanah dan perlombongan mineral dengan JTU, syarikat berkenaan disyaratkan untuk membayar royalti sebanyak lima peratus daripada hasil penjualan mineral emas yang dilombong di Bukit Mantri kepada JTU. – Bernama

Dua beranak dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu kelmarin, masing-masing atas 24 pertuduhan menipu kerajaan Sabah dengan tidak mengisytiharkan hasil penjualan kuantiti jongkong emas yang sebenar dalam dokumen invois melibatkan kerugian royalti kira-kira RM1.3 juta. – Bernama