Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

UK, Axiom Space meterai perjanjian misi angkasa lepas

LONDON, 25 OKT – Angkasawan United Kingdom (UK) dijangka mengambil bahagian dalam misi angkasa pertama UK setelah agensi angkasanya menandatangani perjanjian dengan Axiom Space yang berpusat di Amerika Syarikat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Misi itu akan menyaksikan angkasawan UK berada di orbit selama dua minggu bagi melakukan beberapa aktiviti penyelidikan.

“Perjanjian ini memberi peluang kepada angkasawan UK untuk melakukan penyelidikan saintifik di orbit dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta rakyat.

“Banyak (perkara) perlu dilakukan dan perjanjian ini menjadi batu loncatan untuk Agensi Angkasa UK, Axiom Space dan penaja misi untuk menilai cara terbaik bagaimana kita dapat terus menggalakkan pengetahuan dan inovasi….,” kata Ketua Eksekutif Agensi Angkasa UK, Dr Paul Bate.

Agensi Angkasa UK bekerjasama dengan Axiom mengenai rancangan misi komersial dengan sokongan penuh Agensi Angkasa Eropah.

Sementara itu, Axiom Space menyediakan perkhidmatan penuh bagi ‘orbital missions’, menjalankan misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa. – Bernama

Gambar Freepik