Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Sweden sedia main peranan, menyumbang kepada NATO

MOSCOW, 25 OKT – Stockholm bersedia memikul tanggungjawab sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan menyumbang kepada perikatan itu, kata Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson kelmarin.

“Sweden bersedia memikul tanggungjawab dalam NATO. Kami memiliki keupayaan unik yang boleh disumbangkan (kepada perikatan),” kata Kristersson pada sidang media bersama Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg.

Sementara itu, pejabat Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin memberitahu Sputnik bahawa pihaknya sudah mengusulkan permohonan Sweden untuk menyertai NATO kepada Parlimen.

Stoltenberg sebelum ini menyatakan harapan proses itu tidak akan mengambil masa yang lama.

Sweden dan Finland, menyerahkan permohonan menyertai NATO pada Mei 2022, beberapa bulan selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine.

Finland menjadi ahli perikatan pada April 2023.

Permohonan Sweden masih menunggu ratifikasi Turkiye dan Hungary. – Bernama

Ulf Kristersson dan Jens Stoltenberg semasa sidang media di ibu pejabat Kerajaan Sweden Rosenbad di Stockholm pada 24 Oktober. – AP