Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Polis tahan lelaki warga Thailand, rampas pil yaba bernilai RM132,000

KOTA BHARU, 25 OKT – Polis menahan seorang lelaki warganegara Thailand dan merampas 12,000 pil yaba anggaran berat 1,200 gram yang bernilai RM132,000 di sebuah wakaf di tepi Pengkalan Kuala Tat, Kuala Jambu, Tumpat semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Ibrahim Husin berkata tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tumpat pada 7:30 malam, setelah mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi wakaf berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 48 peket plastik warna biru dan 12 peket plastik warna merah jambu mengandungi pil yaba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim berkata ujian terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan suspek direman selama tujuh hari hingga 31 Oktober ini untuk siasatan lanjut. 

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Gambar Freepik