Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Gagal hadir ujian doping, Brooksby digantung 18 bulan

CALIFORNIA, 25 OKT – Pemain tenis Amerika Syarikat, Jenson Brooksby digantung 18 bulan selepas tribunal bebas memutuskan bahawa dia terlepas tiga ujian doping dalam tempoh setahun.

Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) kelmarin berkata bahawa Brooksby menerima bahawa ‘kegagalannya keberadaannya’ untuk dua ujian yang tidak dijalani ‘adalah sah’ dan tribunal mendapati tahap kesalahannya untuk ujian lain ‘adalah tinggi’.

Di bawah peraturan antidoping, atlet boleh dikenakan hukuman tanpa ujian positif jika mereka mempunyai tiga ‘kegagalan keberadaan’ dalam tempoh 12 bulan.

“Saya tidak pernah mengambil bahan terlarang dalam hidup saya, dan saya terbuka dan jujur dengan ITIA sepanjang kes saya. Saya faham bahawa ia adalah tanggungjawab saya dan akan belajar daripada kesilapan tersebut,” tulis Brooksby kelmarin dalam satu hantaran di media sosial.

“Saya menerima bahawa dua ujian yang tidak dijalani adalah kesalahan saya, tetapi saya masih berpendapat bahawa ujian saya yang terlepas pada 4 Jun 2022 harus diketepikan.” – AP

Reaksi Brooksby semasa menentang Stefanos Tsitsipas dari Greece dalam Terbuka BNP Paribas pada 14 Mac 2022 di Indian Wells, California. – AP