Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Larian tingkat kesedaran penyakit jantung

Oleh Sim Y. H. 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penyakit jantung dalam kalangan masyarakat, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Gleneagles JPMC telah mengadakan acara Brunei Run 2023 sempena Hari Jantung Sedunia 2023 semasa Program Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

          Hadir selaku tetamu kehormat dan sama-sama menyertai acara walkaton ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

          Hari Jantung Sedunia 2023 membawa tema ‘Gunakan Jantung, Kenali Jantung’, di mana ia membawa mesej untuk memberi tumpuan kepada pentingnya mengenali jantung untuk menghargai, melindungi dan menyayangi jantung kita dengan lebih baik.

Antara yang menyertai acara walkaton sempena Hari Jantung Sedunia 2023 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar oleh Muiz Matdani

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.