Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Vietnam catat kematian pertama kes cacar monyet

HANOI, 25 OKT – Vietnam merekodkan kematian pertama akibat cacar monyet, yang merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun dari wilayah Long An di selatan Vietnam, lapor agensi berita Vietnam hari ini.

Lelaki yang dijangkiti cacar monyet dan HIV/AIDS peringkat akhir telah dimasukkan ke Hospital Tropical Diseases di Bandar Ho Chi Minh pada 2 Oktober akibat demam dan lepuh.

Dia dijangkiti kandida dan mengalami radang paru-paru, yang berkembang menjadi kejutan septik dan kegagalan pelbagai organ. Dia meninggal dunia selepas 18 hari dirawat dengan ventilator, penapisan darah dan antibiotik. Bandaraya Ho Chi Minh telah merekodkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini. Antaranya, 18 pesakit termasuk 17 lelaki dan seorang wanita didapati positif HIV. – Xinhua

Gambar Freepik