Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

4 maut hujan lebat, banjir di Vietnam

HANOI, 29 SEPT – Empat orang maut manakala sembilan lagi cedera disebabkan hujan lebat dan banjir di wilayah utara dan tengah Vietnam sejak beberapa hari lalu, menurut Jawatankuasa Kawalan Kebangsaan bagi Pencegahan Bencana Alam negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Empat orang hilang dalam hujan lebat dari Ahad hingga Khamis, yang turut menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh, menjejaskan jalan dan mengganggu aktiviti harian, terutama di wilayah Thanh Hoa, Nghe An, Ha Tinh dan Quang Binh.

Hampir 200 rumah ditenggelami air, dengan ratusan yang lain runtuh.

Perdana Menteri Pham Minh Chinh mengarahkan kementerian dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mengambil langkah segera untuk memastikan keselamatan orang ramai. Hujan sederhana hingga lebat telah dilaporkan secara berterusan di kawasan utara dan tengah pada Jumaat. – Bernama

Gambar Freepik