Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Biro Wanita MPK Sengkurong B meriahkan Maulidur Rasul

Oleh Ak Zaki Kasharan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Dalam sama-sama memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B melalui inisiatif jawatankuasa tertinggi berserta ahli-ahlinya telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul selama 12 hari yang berakhir dengan majlis penutup hari ini.

Majlis yang berlangsung di Balai Ibadat BaitulMal Kampung Selayun Sengkurong B itu turut diselajurkan dengan Majlis Membaca Doa Peperiksaan untuk keluarga ahli yang akan menduduki peperiksaan tahun ini, dan Majlis Penghargaan Kepada ahli yang telah mencapai usia 70 tahun.

Hadir selaku tetamu khas ialah Penasihat Biro Wanita MPK Sengkurong B, Datin Hajah Rohanie binti Haji Ahmad. Lebih 40 orang ahli biro berkenaan ikut sama menyemarakkan lagi majlis tersebut.

Lima ahli yang telah mencapai usia 70 tahun diraikan dalam majlis itu sebagai penghargaan setelah sama-sama bertungkus lumus dalam mencurahkan tenaga, kerjasama dan berkongsi kegembiraan, serta jerih payah dalam mengukuhkan dan memantapkan lagi perkumpulan ini.

Majlis sambutan berkenaan telah bermula pada 18 September lalu dengan majlis pembukaan yang disertai oleh lebih 30 orang ahli Biro Wanita MPK Sengkurong B.

Antara yang turut hadir sama bagi memeriahkan majlis berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
Gambar ramai semasa Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan