Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

‘Bobob’ Jasmin Hamid kembali bergerak

Selepas beberapa tahun tidak digunakan di atas jalan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, akhirnya kereta kesayangan pelakon Jasmin Hamid kembali berfungsi.

Mengimbau banyak jasa kereta jenis Proton Wira itu, Jasmin turut mengakui dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin gara-gara masih menggunakan kenderaan lama.

“Alhamdulillah my felari (kereta saya) sudah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya.

“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?” katanya dalam satu hantaran di Instagram kelmarin.

Jasmin Hamid bergambar bersama Bobob. – mStar

Dalam hantaran tersebut, Jasmin kelihatan sangat gembira menaiki Bobob sambil ditemani suaminya iaitu Nazmir Abdul Rahim.

Meskipun cacian tersebut sering kali dilontarkan, aktres itu memilih untuk tidak mengendahkan hal itu.

“Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Saya boleh sahaja pakai Wira lama, yang awak alahan kenapa?

“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga rapat-rapat,” ujarnya. – Agensi