Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Bruce tangguh lawatan 2023 hingga tahun depan

Legenda rock Amerika, Bruce Springsteen, mengumumkan pada Rabu lalu bahawa beliau akan menangguhkan baki tarikh lawatan 2023 sehingga tahun depan, sebaik sahaja pulih daripada rawatan penyakit ulser peptik.

Penyanyi berusia 74 tahun itu ‘terus pulih dengan stabil’ dan akan meneruskan rawatan sepanjang tahun ini atas nasihat doktor, kata kenyataan itu.

“Terima kasih kepada semua rakan dan peminat atas ucapan selamat, dorongan dan sokongan awda, saya sedang pulih dan tidak sabar untuk berjumpa awda semua tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artis yang dikenali sebagai The Bos itu telah melakukan lawatan bersama E Street Band miliknya sejak awal tahun.

Namun, pada awal bulan ini, beliau mengumumkan bahawa beliau akan menangguhkan tarikh konsert September di Amerika Syarikat akibat penyakitnya. Beliau juga menangguhkan dua persembahan pada bulan Ogos atas sebab penyakit yang tidak dapat ditentukan.

“Tarikh semula bagi setiap persembahan 2023, termasuk yang ditangguhkan pada awal bulan ini, akan diumumkan minggu depan, semua diadakan di tempat asal yang telah dijadualkan semula,” kata kenyataan itu pada Rabu lalu.

Sesiapa sahaja yang tidak dapat hadir pada tarikh baharu akan dapat meminta bayaran balik, tambahnya. – AFP

Bruce Springsteen membuat persembahan semasa Majlis Induksi Hall of Fame Tahunan Rock and Roll ke-37 di Teater Microsoft pada 5 November 2022, di Los Angeles, California. – AFP