Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Dedah golongan muda kepada tumbuhan paku-pakis

Oleh Sim Y. H. –

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Warga muda dan kanak-kanak berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat morfologi serta menghargai kegunaan dan ciri-ciri unik tumbuhan paku-pakis menerusi program pendekatan masyarakat anjuran Institut bagi Penyelidikan Alam Sekitar dan Biodiversiti (IBER), Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Biodiversity and Natural History Society (BruWILD) dan dikendalikan oleh pakar-pakar tumbuhan paku-pakis tempatan dan antara-bangsa itu, meliputi sesi perkongsian mengenai paku-pakis dan siri aktiviti termasuk memerhati tumbuh-tumbuhan menggunakan mikroskop.

Menerusi aktiviti-aktiviti itu, IBER dan BruWILD berhasrat untuk meningkatkan kesedaran mengenai tumbuhan paku-pakis di mana tumbuhan berkenaan kurang dikenali terutama dalam kalangan generasi muda.

Tumbuhan paku-pakis mempunyai manfaatnya kepada kehidupan seharian tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlahnya telah didapati menurun. Oleh itu, meneruskan program kesedaran itu, adalah diharapkan tumbuh-tumbuhan berkenaan akan dapat dipulihara untuk generasi akan datang.

IBER terus mengendalikan aktiviti pemuliharaan, pendidikan dan penyelidikan biodiversiti bagi flora dan fauna yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Menerusi inisiatif dan usaha berkenaan, penyelidikan dan pemuliharaan flora unik itu akan terus berkembang serta menyumbang ke arah mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kanak-kanak mendengar penerangan mengenai tumbuhan paku-pakis semasa program berkenaan. – Gambar serahan UBD
Peserta muda berpeluang memerhati tumbuh-tumbuhan menggunakan mikroskop. – Gambar serahan UBD
Gambar serahan UBD