Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Lawatan buka minda pelajar UNISSA

Oleh Syahmi Hassan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Para pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah membuat lawatan sambil belajar ke Bruneihalalfoods di Salambigar Industrial Park, baru-baru ini.

Lawatan bagi kursus CM3314 Islamic Marketing itu diketuai oleh Pensyarah, Dr Khatijah binti Othman dan Penolong Pensyarah, Dayang Noorhizrah binti Mohammad dengan disertai 14 pelajar Tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan.

Antara objektif lawatan adalah untuk memberi pendedahan dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkenaan pembangunan dan penjenamaan produk, mengenal pasti jangka hayat produk, proses pensijilan, eksport strategi dan pemasaran produk di peringkat tempatan.

Dalam masa yang sama, ia juga membuka minda para pelajar untuk meneroka peluang sebagai salah seorang pengeluar produk makanan halal Brunei pada masa akan datang melalui perusahaan produk halal dari rumah yang disahkan oleh Brunei Halal.

Gambar ramai semasa lawatan berkenaan. – Gambar serahan UNISSA