Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Padah buang sampah di tempat awam

Oleh Sim Y. H. & Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Tiga buah syarikat perniagaan telah dikeluarkan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati membuang sampah di tempat awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, sebuah syarikat telah dikenakan denda kompaun sebanyak $200 di bawah Akta Kesalahan Rampaian 2021, Bab 12 (1) (a) iaitu meletakkan dan melonggok batu di tepi jalan raya.

Sebuah syarikat dikenakan denda kompaun sebanyak $500 di bawah akta sama iaitu mencampak atau menghamburkan bekas sisa makanan mengalir ke dalam longkang, manakala itu, sebuah syarikat dikenakan kompaun $500 kerana menghamburkan sebarang kotoran perniagaan di sekitar kawasan premis.

Sementara itu, di Daerah Belait, dua buah syarikat dan dua individu telah dikenakan kompaun berjumlah $2,700 oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS) kerana melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 2021, iaitu membuang sampah di tempat awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebuah syarikat di Jalan Pretty, Kuala Belait telah dikenakan kompaun kerana membiarkan perangkap mi-nyak tersumbat dan air kotor dari sinki mengalir terus ke dalam longkang di belakang premis, manakala itu, sebuah syarikat di Jalan Bunga Raya, Kuala Belait, telah didapati melonggok beberapa beg plastik hitam beraneka jenis sampah di belakang premis.

Setiap syarikat berkenaan dikenakan kompaun $1,000 manakala itu, dua individu tersebut masing-masing dikenakan kompaun $500 dan $200.

Kesemua syarikat dan ndividu berkenaan dikehendaki menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal membayarnya mereka boleh dihadapkan ke mahkamah.

ATAS & BAWAH: Tiga buah syarikat dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana membuang sampah di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong

Gambar menunjukkan air kotor mengalir ke longkang awam yang didapati oleh Unit Penguatkuasaan JBKBS. – Gambar serahan JBKBS
Longgokan sampah yang didapati oleh Unit Penguatkuasaan JBKBS. – Gambar serahan JBKBS