Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Pelanggan lari selepas Amir Raja Lawak buka gerai di Perak

Pelawak Amir Raja Lawak, meluahkan rasa kesal apabila kehadirannya berniaga air balang di hadapan Masjid Jamek Kamunting, Perak dianggap cuba mencuri pelanggan peniaga sedia ada di kawasan tersebut.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 34, berkata dia membuka gerai air balangnya di kawasan tersebut secara santai malah tidak menyasarkan keuntungan apatah lagi cuba menutup periuk nasi peniaga lain.

Sebaliknya jelas Amir, tujuan sebenar dia datang ke Taiping bagi membantu mempromosikan perniagaan sahabatnya yang ketika ini sedang terjejas teruk.

“Saya berniaga santai-santai sahaja. Saya datang ini pun sambil nak promosi kedai kawan saya yang kini terjejas.

“Saya ada kerja lain juga nak selesaikan di sini (Kamunting) dengan sahabat saya. Sebab itu saya datang ke sini,” katanya ketika dihubungi mStar hari ini.

Pelakon itu turut memberitahu dia berniaga di kawasan tersebut sehingga esok sahaja.

Dalam pada itu, Amir berharap peniaga di kawasan itu tidak meletakkan kesalahan perniagaan mereka mengalami kerugian ke atas dirinya.

Ini kerana jelas Amir, sepanjang dua minggu berada di sana, dia bukan hanya berniaga di Kamunting tetapi bergerak dari satu tempat ke lokasi lain seperti Kuala Kangsar dan Ban Pecah di Batu Kurau, Perak. – Agensi

Amir berniaga air balang di Kamunting hanya santai-santai sahaja. – mStar