Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

SCA tawar hadiah menarik di Pesta Pelancongan Sabre

Oleh Ak Zaki Kasharan – 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Straits Central Agencies (SCA) akan menawarkan baucar perjalanan dan makan malam serta penginapan hotel bagi para pelanggan bertuah sebagai hadiah cabutan bertuah semasa Pesta Pelancongan Sabre Brunei 2023 yang akan bermula esok di Pusat Beli-belah Onecity, Sungai Hanching.

Selain empat baucar perjalanan ke Malaysia, hadiah lain yang ditawarkan adalah baucar penginapan dua malam di Hyatt Centric Hill View dengan sarapan untuk dua orang, dua malam penginapan di Nexus Resort & Spa Karambunai berserta sarapan untuk dua orang, dua malam penginapan di Mercure KKCC berserta sarapan untuk dua orang dan baucar penginapan dua malam di Ming Garden Hotel KK.

Turut ditawarkan adalah dua baucar makan Fratini’s bernilai $50 yang akan menanti pemenang bertuah.

Bagi menambah kemeriahan acara, SCA juga akan menawarkan potongan harga menarik bagi setiap pasangan untuk destinasi perjalanan ke Korea, Taiwan dan Beijing dan potongan $50 bagi setiap penumpang untuk pakej Cuti2 Malaysia.

Para pelanggan yang membuat pembelian di SCA menggunakan kad Bank Baiduri semasa acara itu juga akan mendapat tiga kali ganda peluang untuk memenangi kempen promosi Swipe & Win Cuti-cuti Malaysia.

Di samping itu, SCA juga merupakan salah satu rakan kongsi pelancongan Tourism Malaysia (TM) Brunei dengan salah satu kerjasama itu turut merangkumi Bank Baiduri, iaitu kempen Swipe & Win Cuti-cuti Malaysia yang menawarkan pakej percutian menarik untuk destinasi Malaysia.

Satu lagi kerjasama menarik antara SCA dan TM Brunei adalah Miss SHOPhia Shopping Hunt Edisi Pulau Pinang yang sangat dinanti-nantikan bagi para penggemar permainan treasure hunt. Untuk menyertainya, para pengembara perlu membeli Pakej Miss SHOPhia Shopping Hunt selama tiga hari dua malam pada kadar yang sangat berpatutan.

Gambar Freepik